Total Statistik Pengunjung

18.11.18

Hati (QALBI)

HATI (QALBI)

Hati atau Qalbi adalah tempat jatuhnya tilikan Allah,bila hati bersih ia ibarat cermin,kata imam Al-Ghazali.Ia juga tempat hambanya yang terpilih peroleh ilmu berupa ilmu Laduni atau ilmu batin seperti sabda Rasul yang artinya:
“ilmu itu ada dua macam.Pertama, ilmu lisan,sebagai hujjah Allah dan hambanya.Kedua, ilmu batin yang bersumber di lubuk hati,ilmu inilah yang berguna untuk mencapai tujuan pokok dalam ibadah”
(Buku Sirrul-Asrar- Syeikh Abdul Qadir Al-jailani,m/s 19).
Kata Sheikh Abdul Qadir lagi dalam kitabnya Sirrul-Asrar: “mula-mula manusia memerlukan ilmu syariat agar badannya mempunyai kegiatan dalam mencari makrifat pada makrifat sifat,iaitu ‘darajat’.kemudian manusia menginginkan ilmu batin agar ruhnya mempunyai kegiatan untuk mencapai makrifat pada makrifat zat.Untuk tujuan ini manusia harus meninggalkan segala sesuatu yang menyalahi syariat dan tariqat.Hal ini akan dapat dicapai dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun terasa pahit dan melakukan ruhaniyyah dengan tujuan mencapai redha Allah serta bersih dari riya’(ingin dipuji orang lain) dan sum’ah(mencari kemasyhuran).

Yang dimaksudkan dengan alam makrifat adalah alam Lahut,yaitu negeri asal tempat diciptakan Ruh Al-Qudsi(Ruh Termurni) dari Nur Muhammad dalam wujud terbaik.Yang dimaksudkan Ruh Al-Qudsi ialah hakikat manusia yang disimpan di lubuk hati,kemudian bila hatinya sudah hidup maka ruh Al-Qudsi itu dinamakan Tiflul Ma’ani(bayi ma’nawi).Ia lahir dari hati,seperti lahirnya bayi dari rahim seorang ibu.Bayi ini bersih dari segala kotoran dosa seperti syirik(menyekutukan Allah) dan ‘gaflah(lupa kepada Allah)[ Sirrul-Asrar m/s 20- 22].Maka beruntunglah orang yang boleh menghidupkan hati dengan cahaya tauhid dan dengan lisan sirri tanpa huruf dan suara lalu tersingkaplah segala rahsia.firman Allah didalam Hadis Qudsi : “manusia adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsia manusia”.Allah berfirman lagi dalam hadis Qudsi iaitu : “Ilmu batin adalah rahsia di antara rahsia-Ku.Aku jadikan di dalam hati hamba-hamba-Ku dan tidak ada yang menempatinya kecuali Aku”

“Orang-orang yang merindukan Allah hatinya mempunyai mata.Mata hatinya melihat segala sesuatu yang tidak di lihat oleh penglihatan biasa.Hati mereka mempunyai sayap yang terbang tanpa bulu,terbang ke malakut Rabbul A’lamin”[ Sirrul-Asrar, m/s 28]

Hati juga dikatakan tempat Ruh Ruhani.Alatnya adalah Tariqat.Tempat Ruh Sulthoni pula adalah ‘Fuad’ iaitu mata hati.Alatnya adalah makrifat.Hati mestilah dihidupkan selalu melalui zikir dan ingatan yang berkekalan pada Yang Maha Pencipta.Hati yang suci bersih tempatnya di bawah Arasy Allah sebagaimana dengan sabda Nabi SAW “ Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang jasadnya di bumi dan hatinya di bawah Arasy Allah”.Kata Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya Sirrul Asrar : [Melihat kepada Allah di dunia tidak akan berhasil.Yang dapat dilihat di dunia adalah sifat-sifat Allah pada cermin hati.Saidina Umar berkata:
“hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”.
manusia akan melihat pantulan ‘jamalullah’ pada cermin hatinya”]. Imam Al-ghazali juga berkata “Hidupnya hati adalah ilmu,galilah ia.Matinya hati adalah bodoh,maka jauhilah ia.”.Hidupnya hati membuahkan iman dan takwa yang mantap ,itulah sebabnya orang yang benar-benar beriman,bila disebutkan nama Allah kepada mereka,maka gementarlah hati mereka.Firman Allah di dalam surah Al-Anfal,ayat 2 bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka” kerana “hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya”(An-Najm:11). Kata saidina Ali pula "Aku tidak beribadah kepada Tuhan yang tidak aku lihat”.Lihat disini bagi Saidina Ali ialah melihat dengan mata hatinya bukan dengan matanya.

Alangkah ruginya orang yang buta hatinya dan tersesat dari jalan yang benar.Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 72 bermaksud : 
“ dan barang siapa yang buta(hatinya) di dunia ini,niscaya di akhirat(nanti) ia akan lebih buta pula dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)".Apa yang dimaksudkan buta dalam ayat diatas ialah buta hati seperti firman Allah dalam surah Al-hajj ayat 46 yang bermaksud ; “Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,ialah hati yang di dalam dada”

Menurut Sheikh Abdul Qadir al-Jailani lagi “ Penyebab utama kebutaan hati adalah kerana lupa yang menutupi hati setelah manusia berjanji di alam Arwah.Yang menjadi penyebab lupa adalah bodoh terhadap hakikat urusan ketuhanan.Kebodohan ini timbul kerana hati terselubung oleh sifat sifat zalim seperti; sombong,dendam,dengki,kikir,ujub,ghibah(mengumpat), namimah(mengadu domba),bohong dan sifat sifat tercela yang lain.Sifat-sifat inilah yang menyebabkan manusia jatuh ke jurang yang terendah.Adapun cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela tadi adalah dengan membersihkan cermin hati dengan alat pembersih tauhid dan dengan ilmu serta amal dan berjuang dengan sekuat tenaga secara lahir batin sehingga ia menghasilkan hidupnya hati dengan cahaya tauhid dan sifat-sifatNya” [ Sirrul Asrar, m/s 88)

Tidak ada komentar: